Friday 18 January 2013

KAEDAH KAJIAN



Bagi pelaksanaan PBS Tingkatan 6, anda digalakkan menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah kajian.

     Kutripan data kajian, sama ada kualitatif atau kuantitatif, memerlukan alat-alat kajian untuk menjawab soalan-soalan kajian. Data kualitatif boleh dikutip melalui pemerhatian, soalselidik, penelitian dokumen dan sebagainya. Data kuantitatif dikutip melalui, misalnya, soal selidik, ujian atau inventori.

·        Calon mesti menggunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah kajian:


1.  Pemerhatian 
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. 

Tujuan: memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau  kawasan yang dikaji. 


·        Ada rakaman foto sebagai bukti

2.  Temu bual 
Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.   

2.1 Kaedah secara formal:
·        melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat  dalam  sesebuah  organisasi  atau  kelompok  masyarakat.   Temu  bual  ini  menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus.  

2.2 Temu bual secara tidak formal:
·        temu bual dengan  orang  persendirian. 


*Kaedah  ini  kebiasaannya  menggunakan  alat  perakam  suara  untuk  merakam  perbualan  dan  kemudiannya  digunakan  menganalisis  temu bual tersebut. 

*Rakaman disimpan dalam bentuk CD-dikepilkan di belakang kertas kajian.




3.  Soal Selidik 
·        Kaedah  soal  selidik  ini  dijalankan  untuk  mendapatkan  maklumat  dengan  lebih tepat dan betul.  Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk  memudahkan  lagi  kajian  yang  hendak  dijalankan.  

·        Calon  boleh  mereka  bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat  memenuhi objektif kajian.  Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada  responden di kawasan kajian.

·        soal selidik  dengan menggunakan skala iaitu skala likert





4.   Rujukan (kajian arkib)

  • Kaedah  ini  dijalankan  dengan  cara   merujuk  kepada  buku  teks  dan  buku  rujukan  di  perpustakaan  untuk  mendapatkan  maklumat  tambahan. 
  • calon  juga  boleh  membuat  rujukan  internet.  Kaedah  ini  kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan  kepada skop kajian.

No comments:

Post a Comment