Friday 18 January 2013

CONTOH DAPATAN KAJIAN 2


Punca Masalah Penulisan Karangan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Lima
Aliran Sastera SMK Seri Setia

Jadual 4.1.1:Faktor Pengajaran Dan Pembelajaran

Kenyataan
Sangat tidak setuju
%
(bil)
Tidak setuju
%
(bil)
Kurang Setuju
%
(bil)
Setuju
%
(bil)
Sangat Setuju
%
(bil)
1. Pengajaran dan
pembelajaran  
    yang kurang menarik.
10.10
(10)
14.14
(14)
47.47
(47)
25.25
(25)
3.03
(3)
2. Teknik mengarang yang diajar
    susah difahami.
5.05
(5)
15.15
(15)
49.49
(49)
28.28
(28)
2.02
(2)
3. Penerangan guru terlalu ringkas.
10.10
(10)
13.13
(13)
51.51
(51)
17.17
(17)
8.08
(8)
4.Sukar menulis perenggan
   pendahuluan.
7.07
(7)
13.13
(13)
47.47
(47)
27.27
(27)
5.05
(5)
5.Sukar menulis perenggan isi.
3.03
(3)
6.06
(6)
37.37
(37)
40.40
(40)
13.13
(13)
6.Sukar menulis perenggan
   penutup.
4.04
(4)
10.10
(10)
46.46
(46)
31.31
(31)
8.08
(8)






Berdasarkan jadual 1, kajian mendapati bahawa faktor pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu punca masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Terdapat enam kriteria yang menunjangi masalah pengajaran dan pembelajaran ini. Tidak dapat kita nafikan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik menjadi salah satu punca pelajar bermasalah dalam penulisan karangan.Hal ini terbukti apabila terdapat 3.03% (3 orang)  responden sangat setuju,manakala terdapat 25.25% (25 orang) responden bersetuju dengan kenyataan tersebut. Selain itu, terdapat 47.47% (47 orang) kurang setuju, 14.14% (14 orang) tidak setuju dan 10.10% (10 orang)  responden sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
            Di samping itu, teknik mengarang yang diajar sukar difahami juga menjadi salah satu punca masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Hal ini dapat kita buktikan apabila terdapat 2.02% (2 orang) responden sangat setuju dan 28.28% (28 orang) responden setuju. Manakala, terdapat 49.49% (49 orang) responden kurang bersetuju, 15.15% (15 orang) tidak bersetuju dan 5.05% (5 orang)  responden sangat tidak setuju.
            Seterusnya, penerangan guru yang terlalu ringkas juga merupakan punca masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Hal ini terbukti apabila 8.08% (8 orang) sangat setuju dan 17.17% (17 orang) setuju dengan kenyataan ini. Namun demikian, terdapat 51.51% (51 orang) responden kurang bersetuju dengan pernyataan tersebut, manakala terdapat 13.13% (13 orang) tidak setuju dan 10.10% (10 orang) responden sangat tidak setuju dengan kenyataan ini.
            Tambahan lagi, faktor sukar menulis perenggan pendahuluan juga turut menjadi punca masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Hal ini terbukti apabila 5.05% (15 orang) responden sangat setuju dan 27.27% (21 orang) bersetuju dengan pernyataan tersebut. Sebaliknya, terdapat 47.47% (14 orang) responden kurang bersetuju, 13.13% (13 orang) tidak setuju dan 7.07% (17 orang)  sangat tidak setuju dengan kenyataan tersebut.
            Selanjutnya, sukar menulis perenggan isi juga merupakan punca berlakunya masalah penulisan karangan dalam kalangan pelajar. Buktinya, terdapat 13.13% (13 orang) responden sangat setuju dan 40.40% (40 orang) setuju dengan kenyataan ini. Manakala, terdapat 37.37%  (37 orang) responden kurang setuju, 6.06% (6 orang) tidak bersetuju dan 3.03% (3 orang) sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
            Selain itu, faktor sukar menulis perenggan penutup juga menjadi salah satu faktor pelajar bermasalah dalam menghasilkan karangan. Hal ini dapat kita buktikan apabila terdapat 8.08%  (8 orang) responden sangat setuju dan 31.31% (31 orang) bersetuju dengan kenyataan ini. Malahan juga terdapat 46.46% (46 orang) responden kurang setuju, 10.10% (10 orang) tidak setuju dan 4.04% (4 orang) responden sangat tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

2 comments:

  1. terima kasih kerana membantu saya pr0cedd pbs ni,,semoga allah merahmati kamu,,













    ReplyDelete